Page

Ahad, 14 Oktober 2012

Mengenal bentuk 2 Dimensi (2D)


Pelajar perlu mengetahui beberapa perbendaharan kata yang terkandung didalam tajuk bentuk 2D ini. Perbendaharaan kata juga akan digunakan sebagai pemahaman yang lebih jelas. Antara perbendaharaan kata yang terkandung dalam tajuk bentuk 2D adalah seperti berikut :


Terdapat 4 bentuk 2 dimensi (2D). Iaitu bulatan, segi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat. Bentuk 2D adalah seperti gambarajah dibawah.


Setiap bentuk mempunyai label atau ciri-ciri tertentu. Seperti
bucu, sisi (sisi lurus) dan sisi lengkung. Tetapi dimanakah terletaknya ciri-ciri ini. Mari kita perhatikan gambarajah dibawah.


Segi tiga mempunyai 3 bucu dan 3 sisi yang lurus.
Segi empat sama mempunyai 4 bucu dan 4 sisi lurus yang sama panjang.
Segi empat tepat mempunyai 4 bucu dan 2 sisi lurus yang bertentangan sama panjang.
Bulatan pula hanya mempunyai 1 sisi lengkung. 

Dengan membuat pemerhatian dari gambajarah tersebut, diharap semua murid dapat memahami dengan jelas apakah bentuk-bentuk 2D dan ciri-ciri yang terdapat pada setiap bentuk.



0 comments:

Catat Ulasan